Wednesday 17 August 2011

Rancangan tahunan Kemahiran Hidup Tahun 5

Untuk guru-guru yang memerlukan Rancangan Tahunan KH Tahun 5
Terima kasih. Sumber daripada laman sesawang SK Serkam Darat...

Rancangan tahunan Kemahiran Hidup Tahun 4

Perkongsian ilmu.. Untuk guru-guru yang memerlukan rancangan pengajaran tahunan KH Tahun 4
Terima kasih.. Sumber daripada laman blog panitia kemahiran hidup SK Serkam Darat..

Monday 15 August 2011

Pengenalan Matapelajaran kemahiran Hidup di SK

Kemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran bercorak amali yang diajar dalam Tahap II Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Mata pelajaran ini digubal untuk mengembangkan keupayaan dalam bidang rekabentuk dan teknologi serta perniagaan dan keusahawanan. Bidang ini dapat dikuasai melalui penguasaan kemahiran praktis,pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan.

Objektif Perlaksaan

1.Menggunakan bentuk asas untuk menjana
idea kreatif dalam penghasilan projek
2. Menerangkan hubung kait bentuk dengan
fungsi produk
3. Membuka dan memasang produk untuk
mengenal pasti fungsi komponen
4. Menghasilkan sesuatu projek gabungan
kayu dengan bahan kitar semula bukan
logam
5. Memilih alatan, perkakas, dan bahan serta
menggunakannya dengan teknik yang
betul
6. Mengenal pasti dan membezakan di
antara litar siri dan selari
7. Menghasilkan projek elektrik
8. Menyenggaraan alatan tangan dan
perkakas selepas menggunakannya
9. Menghasilkan tanaman hiasan
10. Mengenal pasti ciri dan jenis barang yang
boleh dijual
11. Merancang jualan dan menyediakan
barang untuk jualan
12. Menyenaraikan ciri bungkusan yang
menarik
13. Mengira harga jualan dan untung
14. Mengamalkan peraturan dan budaya kerja
yang baik dan selamat.

Sumber : PPK. Huraian Sukatan Pelajaran. Terbitan 2002

Saturday 9 July 2011

Senarai Guru Kemahiran Hidup 2011

TAHUN 4 BIJAK
ENCIK MOHD 'AZAM B ABD MALEK

TAHUN 4 CERDIK
PUAN NURI NASIRAH BINTI NASRUDDIN

TAHUN 5 BIJAK & 5 CERDIK
ENCIK AB HAFIZE B ABDULLAH

TAHUN 6 BIJAK
ENCIK MOHD LEZA B HJ SALLLEH

TAHUN 6 CERDIK
PUAN NURI NASIRAH BINTI NASRUDDIN